Sunday 11 December 2011

Aku dan Blog

Bila saja dapat tugasan membina blog saya rasa buntu kerana belum pernah membina blog sendiri. Walaupun sentia singgah ke blog-blog tapi untuk membina blog belum ada pengalaman lagi. Saya dah mula runsing kerana bimbang tidak dapat membina blog seperti yang dikehendaki oleh pensyarah kami sehingga tak senang duduk dibuatnya. Tidak tahu bukanlah alasan untuk saya tidak menyiapkan tugasan ini. Bak kata pepatah tak kenal maka tak cinta. Oleh itu saya cuba untuk menerokai alam blog. Namun hasil usaha yang jitu dan sedikit demi sedikit saya dapat membina blog walaupun tidak secanggih blog-blog rakan yang lain. Saya berasa amat bersyukur kerana dapat menyiapkan blog sebelum tarik yang dikehendaki. Membina blog benar-benar mencabar minda saya dan memberi saya satu pengalaman yang baru. Mungkin dengan pengalaman ini saya boleh menjadi salah seorang blogger yang aktif. Sapa tahu kan..... Saya harap benar blog saya ini dapat diterima oleh pensyarah saya dan memenuhi setiap kriteria yang dikehendaki. Inilah pengalaman pertama saya membina blog dan pengalaman ini saya akan praktikkan pada masa akan datang. Insyaallah. Dan tak lupa terima kasih buat kawan-kawan yang banyak membantu.

No comments:

Post a Comment