RPH & REFLEKSI 3

Rancangan Pelajaran Harian

Matapelajaran : Kemahiran Hidup

Kelas : Tahun 6

Hari : Selasa

Tarikh : 06.09.2011

Masa : 1200-1300

Unit : Tanaman Sayuran

Tajuk : Penyediaan Tapak

Hasil Pembelajaran : Pada akhir pembelajaran ini, murid dapat :
  • ·         Menyatakan peralatan perkebunan dan kegunaannya.
Nilai – nilai murni :
  • ·         Rajin berusaha
  • ·         Berhati-hati
Kemahiran Bernilai Tambah :
  • ·         Kontekstual
  • ·         Konstruktivisme
Bahan bantu mengajar :
  • ·         Buku Teks
  • ·         Slaid Power Point
  • ·         LCD
  • ·         Komputer  Riba
  • ·         Alatan perkebunan
  • ·         Lembaran kerja.







PROSEDUR PELAKSANAAN

ISI PELAJARAN PENGETAHUAN

KEMAHIRAN

AKTIVITI P&P
BBM/Nilai/
Teknik KMD/strategi/
catatan/KBKK
Set Induksi
(5 minit)
Menggunakan kemahiran berfikir dengan kreatif dan kritis terhadap satu gambar mendekatkan murid kepada isi pelajaran.
Kamahiran mentafsir
     1.  Guru menunjukkan slaind power point gambar situasi pekebun sedang membersihkan kebun dengan alatan tangan.
      2.  Guru bersoal jawab berdasarkan gambar tersebut.
      3. Guru mengaitkan jawapan murid dengan tajuk pelajaran pada hari ini.
ABM/BBM:
LCD (power point)

Nilai:
yakin
Perkembangan
Langkah 1
(10 minit)
Menyenaraikan tujuan penggunaan alatan perkebunan untuk menanam sayur.
Kemahiran menyenaraikan tujuan penggunaan alatan perkebunan.
     1.  Guru menerangkan kepada murid tentang pekebun sayur yang menanam sayuran dan mengaitkannya dengan peralatan yang digunakan.
     2.  Kemudian, murid menyenaraikan tujuan menggunakan alatan perkebunan untuk menanam sayur.
ABM/BBM:
LCD (power point)

Nilai: yakin, berani mencuba dan mengemukan pendapat
Langkah 2
(12 minit)
Menamakan alatan tangan yang ditunjukkan oleh guru.
a) Tajak
b) Cangkul
c) Cangkul            serampang
d) Pongkes
e) Serampang 
      tangan
f) Sekop
g)Sudip tangan
h Penyiram
i) Pencakar
j) Pam racun
Kemahiran menamakan jenis alatan tangan
      1. Guru menayangkan beberapa gambar alatan tangan melalui slaid power point.
     2.  Murid dikehendaki menamakan nama dan kegunaan setiap alatan yang ditunjukkan oleh guru. (Tajak, cangkul, cangkul serampang, pongkes, serampang tangan, sekop, sudip tangan, penyiram, pencakar dan pam racun.
     3.  Guru menerangkan nama dan kegunaan setiap alatan yang ditunjukkan.
ABM/BBM:
LCD (power point)

Nilai: yakin, berani mencuba dan mengemukan pendapat

KBKK: Menganalisis

Teknik KMD:
Ramalan dan analisis
Langkah 3
(10 minit)
Tunjuk cara pengunaan alatan tangan perkebunan dengan cara yang betul.
Kemahiran menggunakan alatan tangan perkebunan dengan cara yang betul
     1.  Guru membawa murid ke tempat penanaman sayur.
     2.  Guru menunjukkan cara menggunakan alatan tangan perkebunan dengan cara yang betul.
     3. Murid dikehendaki cuba menggunakan alat perkebunan yang ada dengan dibimbing dan diawasi oleh guru.
.     4 . Murid dikehendaki membersih dan menyimpan alatan tangan.
.
 Alatan tangan perkebunan

Nilai: yakin

KBKK: menganalisa
Langkah 4
(18 minit)

Latihan



Penilaian

     1.  guru membawa murid ke bengkel semula dan memberikan lembaran kerja 1 halaman 110 kepada murid.     
   . 2. Murid menjawab lembaran kerja pada buku tulis.
      3.  Guru berbincang dengan murid jawapan lembaran kerja.
ABM/BBM:
Buku teks

Nilai: yakin,
Penutup
(5 minit)
Rumusan

1. Guru memberi penghargaan positif kepada murid yang telah membuat latihan dengan baik.
2. Guru membuat rumusan tentang tajuk.
Nilai: Berusaha, tekun, sabar



 REFLEKSI:

Kekuatan:

Dengan menggunakan paparan power point untuk tajuk ini, murid mudah memahami isi pelajaran. Ini kerana saya paparan power point yang saya tayangkan menunjukkan contoh – contohnya sekali. Gambar pada paparan tersebut dapat menarik perhatian murid. Murid lebih teruja apabila mereka di bawa ke tempat tanama sayuran yang ada  di kawasan sekolah. Mereka sangat seronok apabila di suruh untuk menggunakan alatan perkebunan tersebut. Objektif yang saya rancang keseluruhannya tercapai.

Kelemahan:

Kelemahan yang dapat saya kenal pasti pada p&p saya kali ini ialah faktor keselamatan. Ada segelintir daripada murid bermain-main dengan alatan perkebunan tersebut tanpa mempedulikan keselamatan mereka dan kawan-kawan mereka.

Langkah mengatasi:

Untuk tajuk ini saya perlu beri lebih perhatian kepada factor keselamatan murid-murid. Ini kerana murid-murid menggunakan dan memegang benda yang tajam. Mungkin ada segelintir daripada mereka tidak memikirkan kesan dan bahayanya alatan tersebut. Oleh itu saya perlu mengawasi mereka semasa mereka menjalankan aktiviti menggunakan alatan tersebut. Saya juga perlu memberi peringatan dan nasihat kepada murid-murid yang bermain alatan tersebut.



No comments:

Post a Comment