RPH & REFLEKSI 1

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
BAHASA MELAYU TAHUN ENAM



Kelas                           :           Tahun 6

Bilangan Murid           :           33 orang

Tarikh                          :           12 Oktober 2011

Masa                            :           8.00 – 9.00 pagi

Matapelajaran              :           Bahasa Melayu

Tema/ tajuk                 :           Kemasyarakatan/Kerjasama Asas Kesejahteraan Hidup

Pelajaran Lepas           :           Amalan Berbudi Hidup Harmoni

Bidang Pengajaran      :           Sosial

Objektif                       :           Pada akhir pelajaran murid akan dapat:
i.      Mendengar dan menerima arahan dengan betul untuk bertindak balas
ii.    Merujuk ensiklopedia dan tesaurus untuk mendapatkan maklumat
iii.  Melaksanakan pesanan dengan cepat dan tersusun
iv.  Menulis ayat dalam bentuk tulisan berangkai untuk membentuk sebuah karangan pendek


Bahan Bantu Mengajar                       : Papan tulis, kapur, kertas, lembaran kertas kerja,
  power point  dan cakera liut.

Nilai Moral                                          : Kerjasama, hormat-menghormati, kejujuran, bertolak
  ansur, berdisiplin, prihatin, proaktif dan bertoleransi

Kemahiran Berfikir                             : Mengkategori, merumus, membuat urutan, menyusun 
                                                           atur, membuat kaitan dan perhubungan, membuat 
                                                           gambaran, mencirikan dan menjana idea.

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
BAHASA MELAYU TAHUN ENAM
2011



Masa

Kandungan

Aktiviti Pengajaran

Catatan


Set Induksi
(10 minit)
8.00-8.10 pagi

Konsep kerjasama dalam kehidupan

Guru membahagikan murid kepada 6 kumpulan setiap kumpulan mengandungi 5 orang murid.
Murid diberikan permainan menyampaikan maklumat melalui membisik maklumat yang diperolehi kepada setiap ahli kumpulan. Ahli yang terakhir mendapat maklumat tersebut akan menulisnya dipapan tulis.
Kumpulan yang kurang kesalahan maklumat yang diteriam akan dikira pemenang.

1.      Guru memberikan sehelai kertas kepada setiap wakil bagi setiap kumpulan untuk membaca mesej yang terdapat pada kertas yang diberikan
2.      Murid hendaklah menghafal mesej tersebut untuk disampaikan kepada kawan tanpa didengar oleh kumpulan yang lain
3.      Murid yang pertama menerima mesej akan membisik kepada kawan yang kedua dan seterusnya sehingga murid yang terakhir menerima mesej akan menulis mesej yang telah diterima di papan tulis
4.      Guru memerhati dan memberikan arahan kepada murid sepanjang permainan dijalankan

Bahan:
Kertas
Papan tulis
Kapur

Nilai:
Kejujuran
Kerjasama
Tanggungjawab
Berdisiplin
Hormat-menghormati

Kemahiran berfikir:
Membuat urutan
Menganalisis
Mengenalpasti

8.10-8.30 pagi
(20 minit)



Kepentingan kerjasama dalam kehidupan bermasyarakat


Guru memberikan situasi yang mana baru-baru ini telah berlaku kebakaran di sebuah tempat yang berhampiran dengan tempat tinggal murid.
Kebakaran itu telah menyebabkan 5 buah rumah terbakar dan 5 buah keluarga kehilangan tempat tinggal dan keperluan harian seperti pakaian, makanan dan lain-lain keperluan.
1.      Guru memberikan situasi kebakaran kepada murid
2.      Guru bertanyakan kepada murid apakah tindakan mereka sekiranya berlaku kebakaran di kawasan tempat tinggal mereka

3.      Murid memberikan pendapat berdasarkan kepada situasi yang diberikan oleh guru
4.      Guru meminta murid menyenaraikan tindakan yang akan mereka ambil sekiranya berlaku kebakaran di kawasan tempat tinggal mereka dan membincangkan dalam kumpulan
5.      Guru mengawal dan menggalakan perbincangan dengan pergi kepada setiap kumpulan dan bertanya kepada bagi menggalakkan murid untuk berfikir
6.      Murid membacakan hasil perbincangan dengan wakil bagi setiap kumpulan membacakannya dihadapan kelas.
7.      Guru memerhati dan mendengar sambil membuat pembetulan sekiranya perlu
8.      Guru memberikan tugasan kepada murid dengan menyenaraikan nilai-nilai murni yang terdapat dalam petikan dan membina ayat daripada perkataan yang telah digariskan

Bahan bantu Mengajar:
1.Kertas
2. Power point
3. Lembaran kertas kerja


Nilai:
Kerjasama
Hormat-menghormati
Proaktif

Kemahiran berfikir:
Menjana idea
Membuat analisis
Menyusun atur
Membuat kaitan
Menyatakan sebab
8.30-8.50 pagi
[20 minit]

Masyarakat Majmuk

Guru menunjukkan tayangan video masyarakat majmuk di Malaysia yang mempunyai budaya, kepercayaan dan pakaian mereka berdarkan kaum masing-masing
1.      Guru bertanya kepada murid apakah yang dimaksudkan dengan masyarakat majmuk seperti dalam tayangan video yang telah ditunjukkan
2.      Guru memberikan ensiklopedia kepada murid untuk mencari maklumat tentang masyarakat majmuk di Malaysia
3.      Murid mencari maklumat tersebut dalam kumpulan dengan merujuk kepada ensiklopedia
4.      Guru membimbing murid dan menunjukkan cara mencari maklumat dalam ensiklopedia kepada murid

5.      Murid diberi latihan secara individu untuk membuat satu karangan pendek mengenai masyarakat majmuk di Malaysia

6.      Guru membimbing cara penulisan karangan pendek daripada pengenalan, isi dan penutup
7.      Murid membuat latihan sebagai kerja rumah
Bahan Bantu Mengajar:
Cakera liut
Ensiklopedia

Nilai:
Kerjasama
Toleransi
Hormat-menghomati
Prihatin
Bertolak-ansur
Kemahiran berfikir:
Mencari maklumat
Membuat analisis
Menyusun atur
Mentafsir
Mencirikan
Mengumpul maklumat
Membuat kaitan dan perhubungan
Menjana idea
8.50-9.00
[10 minit]


Pengukuhan

Sesi soal jawab

Cara penulisan karangan pendek
Pemerenganan karangan
Penanda wacana
Struktur ayat

Kerja rumah
1.      Guru bertanya kepada murid apakah yang kaum-kaum yang terdapat di Malaysia berdasarkan tayangan video yang ditunjukkan
2.      Murid menyenaraikan kaum-kaum yang terdapat di Malaysia seperti yang dilihat, pengetahuan sedia ada dan rujukan melalui ensiklopedia.
3.      Murid membuat latihan yang diberikan oleh guru iaitu karangan pendek masyarakat majmuk di Malaysia
Bahan Bantu mengajar:
Buku latihan penulisan bahasa melayu


Nilai:
Kejujuran
Tanggungjawab
Prihatin

Kemahiran berfikir:
Menjana idea
Mencirikan
Menyusun atur
Membuat analisis



Kekuatan :
Selesai menjalankan p&p ini saya berasa puas hati kerana objektif yang telah dirancang tercapai. Murid-mruid begitu seronok menjalankan aktiviti yang dirancang. Selain itu murid juga berseronok apabila di arahkan membuat aktiviti dalam bentuk kumpulan dan mereka memberi kerjasama yang baik. Mereka juga mengikut arahan yang diberi oleh guru. Mereka juga aktif menjawab soalan yang diaju guru.
Kelemahan :
Sepanjang menjalankan proses p&p ini terdapat juga kelemahan pada rancangan mengajar yang saya sediakan ini. Antara kelemahan yang dapat saya kenal pasti adalah masalah masa. Masa set induksi yang sepatutnya 10 minit sahaja namun aktiviti tersebut memakan masa lebih daripada 10minit. Ini kerana saya mengambil masa dalam pembahagian kumpulan dan memberi penerangan kepada beberapa orang murid. Ada segelintir daripada murid yang agak sedikit lambat dan mereka memerlukan penerangan yang berulang-ulang kali dan ini memakan masa. Selain itu murid juga agak bising ketika aktiviti kumpulan dijalankan dan sewaktu menjawab soalan. Ini disebabkan mereka terlalu aktif dan terlampau teruja untuk menjawab soalan.

Tindakan/ Penambahbaikan :
Masalah dalam p&p yang telah saya jalankan tersebut harus diatasi supaya ia tidak lagi berlaku pada p&p saya yang seterusnya. Beberapa langkah perlu diambil perlu saya ambil supaya saya tidak mengalami kesilapan yang serupa. Seharusnya saya perlu menerangkan dengan lebih teliti dan jelas supaya murid paham arahan yang saya berikan. Bagi murid yang lemah tersebut saya boleh meminta rakan mereka untuk menerangkan kepada mereka supaya saya tidak perlu menerangkan berulang-ulang kali dan ia tidak perlu memakan masa yang lebih dari waktu yang dirancangkan. Selain itu saya perlu bijak untuk mengawal suasana bising di dalam kelas. Semasa mereka memberi soalan saya boleh memilih murid secara rawak supaya tidak terjadi suasana bising billa murid-murid berebut menjawab soalan guru. Selain itu, saya perlu pergi dari kumpulan ke kumpulan supaya mereka tidak bermaind dan bising semasa mereka menjalankan aktiviti yang diberi oleh saya.




No comments:

Post a Comment