RPH & REFLEKSI 4


Rancangan Pelajaran Harian

Matapelajaran : Kemahiran Hidup

Kelas : Tahun 6

Hari : Selasa

Tarikh : 23.08.2011

Masa : 1200-1300

Unit : Jahitan

Tajuk : Penghasilan Artikel

Hasil Pembelajaran : Pada akhir pembelajaran ini, murid dapat :
  • ·         Mengenal pasti bahan terpakai untuk dikitar semua.
  • ·         Menjahit artikel mudah daripada bahan terpakai.
Nilai – nilai murni :
  • ·         Yakin Diri
  • ·         Berdikari
  • ·         Kerjasama
Kemahiran Bernilai Tambah :
  • ·         Kecerdasan pelbagai.
Bahan bantu mengajar :
  • ·         Buku Teks
  • ·         Slaid Power Point
  • ·         LCD
  • ·         Komputer  Riba
  • ·         Artikel (uncang)yang telah siap dihasilkan.
  •  





PROSEDUR PELAKSANAAN
ISI PELAJARAN PENGETAHUAN
KEMAHIRAN
AKTIVITI p&p
BBM/Nilai/Teknik KMD/strategi/
catatan/KBKK
Set Induksi
(5 minit)
Menggunakan kemahiran berfikir dengan kreatif dan kritis melalui soaljawab.
Kamahiran bersoaljawab.
1.     Guru bersoal jawab dengan murid.
(a)     Apakah barang yangsaya pegang sekarang?
(b)     Bolehkah kamu menghasilkan sendiri uncang ini?
2.     Guru mengaitkan jawapan murid dengan pelajaran pada hari ini.
ABM/BBM:
Uncang

Nilai:
yakin
Perkembangan
Langkah 1
(10 minit)
Menyenaraikan bahan kitar semula.
Kemahiran berfikir.
1.     Murid diminta melihat tayangan slaid power point.
2.     Guru meminta murid menyebut tentang bahan kitar semula yang terdiri daripada kain kelengkapan rumah tangga dan pakaian.
ABM/BBM:
LCD (power point)

Nilai: yakin, berani mencuba dan mengemukan pendapat
Langkah 2
(12 minit)
Mencadangkan artikel-artikel yang sesuai dihasilkan dengan menggunakan bahan kitar semula.
Kemahiran Berfikir.
1.     Murid diminta mencadangkan artikel-artikel yang sesuai dihasilkan dengan mengunakan bahan kitar semula.
2.     Guru memberitahu bahawa projek jahitan artikel mudah yang akan dibuat adalah uncang.
ABM/BBM:
Uncang
Nilai: yakin, berani mencuba dan mengemukan pendapat

KBKK: Menganalisis
Langkah 3
(10 minit)
Menghasilkan uncang berpandukan rujukan.
Kemahiran menggunakan alatan tangan jahitan.
1.     Furu menunjukkan cara menghasilkan uncang berpandukan slaid power point dan juga buku teks pada halaman 71 hingga 73.
2.     Guru mengedarkan kit jahitan dan meminta murid menjahit uncang seperti yang terdapat dalam slain power point dan buku teks.
 Alatan tangan perkebunan

Nilai: yakin

KBKK: menganalisa
Langkah 4
(18 minit)

Hasil Kerja



Penilaian

1.     Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan.
2.     Setiap kumpulan dikehendaki memastikan alatan dan bahan dalam set jahitan cukup sebelum disimpa di tempat asalnya.
3.     Guru menyemak hasil kerja murid.
ABM/BBM:
Buku teks

Nilai: yakin,
Penutup
(5 minit)
Rumusan

1.     Guru memberi penghargaan positif kepada murid yang telah membuat latihan dengan baik.
2.     Guru membuat rumusan tentang tajuk.
Nilai: Berusaha, tekun, sabar



 REFLEKSI:

Kekuatan:

Murid berasa sangat serook apabila mereka masuk kepada bab jahitan. Mereka sungguh teruja dan berusaha untuk menyiapkan kerja yang diberi oleh guru. Sepanjang P&P dijalankan mereka sangat aktif dan bersungguh-sungguh untuk menyiapkan tugasan yang diberi walaupun mereka terpaksa dengan rakan-rakan mereka alatan jahitan.Secara keseluruhannya objektif dapat dicapai.

Kelemahan:


Walaupun objektif dapat dicapai dalam p&p ini namun terdapat beberapa kelemah yang dapat saya kenal pasti sepanjang p&p di jalankan. Antaranya ialah murid terpaksa berkongsi alatan untuk membuat tugasan. Ini menyebabkan mereka lambat untuk menyiapkan tugasan mereka kerana terpaksa menunggu giliran. Selain itu juga ada segelintir daripada mereka berebut-rebut untuk menggunakan alatan tersebut kerana tidak mahu menunggu dan juga membuat suasana di dalam kelas agak sedikit bising.

Langkah mengatasi:

Jahitan merupakan tajuk yang digemari oleh murid dan mereka begitu teruja untuk membuat tugasan yang diberi oleh guru. Namun di sebabkan oleh kekurangan bahan dan alatan ini akan memberi sedikit masalah kepada mereka. Oleh itu saya haruslan mengambil jalan untuk menyelesaikan masalah tersebut. Bagi mengatasi masalah ini saya haruslah tidak berharap pada alatan yang di sediakan sekolah semata-mata. Saya harus memesan mereka membawa alatan yang sedia ada di rumah. Alatan yang perlu mereka sediakan tidaklah terlalu sukar dan susah untuk murid-murid sediakan. Selain itu saya juga harus mengawal kelas supaya mereka tidak membuat bising.




No comments:

Post a Comment