RPH MIKRO & REFLEKSI


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN MIKRO.


Mata pelajaran            : Dunia Seni Visual


Tarikh                          : 3 November 2011


Tahun                          : Tahun 2


Bidang                         : Membentuk dan membuat binaan.


Aktiviti                                     : Model


Tema                           : Alam Benda


Tajuk                           : Lori


Masa                           : 60 minit.


Media                          : Alatan : Gunting, berus warna dan bekas warna

                                     Bahan : Kotak, pelekat, penutup botol dan warna air.


Pendekatan                 : Kecerdesan pelbagai, konteksual, kemahiran berfikir dan

                                    Pemerhatian.


Kaedah                        : Demontrasi


EMK                            : Kreativiti dan inovatif dan TMK


Bahan Bantu Mengajar : Contoh model lori dan slaid show (ICT)



STANDARD KANDUNGAN.

1.    Bahasa seni visual yang terdapat pada alam ciptaan Tuhan, objek buatan manusia dan karya seni.
2.    Aplikasi pengetahuan kefahaman dan kemahiran bahasa senia visual
3.    Penzahiran idea melalui pelbagai sumber, kajian dan teknologi dalam karya seni.
4.    Apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual.


STANDARD PEMBELAJARAN.

3.1 Persepsi Estetik.

Murid dapat mengenali, menamakan dan memahami bahasa seni visual yang terdapat pada karya seni.

3.1.1 Unsur Seni

            3.1.1.1 Rupa – geometri

            3.1.1.2 Bentuk – 3 Dimensi (konkrit)

3.1.2 Prinsip Rekaan

            3.1.2.1 Imbangan – simetri



3.2 Aplikasi Seni

Murid dapat mengaplikasikan menerusi penggunaan media dan teknik dalam aktiviti seni.

3.2.1 Mengenal dan menyatakan jenis-jenis media.

            3.2.1.1. Alatan – Gunting dan pelekat.

            3.2.1.2 Bahan – Kotak, warna air dan penutup botol

3.2.2. Mengetahui penggunaan media, teknik dan proses dalam penghasilan binaan.

            3.2.2.2  Teknik – membentuk model kenderaan.



3.3       Ekspresi Kreatif.

            Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan, kefahaman dan kemahiran bahasa seni

visual dalam menghasilkan karya senia 3D.

3.3.1 Memilih dan memanipulasikan bahan secara kreatif.

3.3.2 Menggunakan unsur seni dalam penghasilan karya.

3.3.3 Menghasilkan karya menggunakan bahasa seni visual.



3.4       Apresiasi Seni

            Murid dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan

bahasa seni visual.

3.4.1  Mempamerkan hasil karya yang dihasilkan.

3.4.2  Menceritakan karya sendiri secara lisan.

3.4.3  Menghargai karya sendiri dan rakan.







Langkah
Standard pembelajaran
Ilustrasi / Fasa/ SDK

Set Induksi
(10 minit)

Persepsi Estetik
·         Guru menunjukkan contoh-contoh gambar lori.
·         Murid melihat dan mengenalpasti rupa bentuk lori.
·         Guru menerangkan unsur bentuk dan rupa.
·         Guru mengaitkan gambar lori dengan membentuk binaan model lori.
·         Guru menunjukkan contoh hasil binaan model lori yang telah siap kepada murid.


SDK : FASA PERSEDIAAN
1.1.6 Mengenalpasti ciri objek, situasi atau fenomena dengan tepat.

Langkah 1
(15 minit)

Aplikasi Seni
·         Guru menunjukkan cara membentuk model lori.
·         Murid-murid diminta mengeluarkan bahan yang akan digunakan untuk menghasilkan model lori.
·         Murid membentuk model lori melalui langkah-langkah yang ditunjukkan oleh guru.


FASA IMAGINASI
2.2.6 Mencabar dan menilai maklumat baharu yang diperoleh sama ada memerlukan tindakan susulan atau diketepikan.

-Slide show

Langkah 2
(10 minit)

Ekpresi Kreatif
·         Murid-murid membentuk binaan model lori.
·         Murid-murid mencantum dan mewarnakan kotak yang telah disediakan mengikut kreativiti masing-masing.
·         Guru membimbing murid.
·         Murid membuat kemasan pada model lori.


FASA PERKEMBANGAN
3.1.1 Menokok tambah idea
3.1.4 Memberi pelbagai contoh berkaitan dengan tugasan
3.1.5 Memberi pelbagai kategori atau aspek.

Penutup
(10 minit)

Apreasiasi Seni
·         Murid menceritakan pengalaman masing-masing semasa membentuk model lori.
·         Guru membuat rumusan tentang hasil yang telah dibuat.

FASA TINDAKAN
4.2.3      Mempraktikkan proses kreatif untuk menghasilkan idea baharu secara berterusan.
·           Elemen Kreativiti
·           Elemen keusahawanan




REFLEKSI PEMEBELAJARAN MIKROPENGAJARAN

KEKUATAN
Kelebihan dan kekuatan yang dapat dikenalpasti semasa menjalankan tugasan untuk pengajaran mikropengajaran  ialah penggunaan slaid power point juga menarik minat murid dan murid. Mereka begitu teruja apabila melihat slaid yang ditayangkan pada hadapan kelas. Murid juga paham kehendak guru dengan jelas dan dapat mengaitkan set induksi dengan isi pelajaran.
Selain kelantangan suara juga banyak membantu dalam pengajaran ini. Suara yang lantang akan dapat memudahkan murid mendengar seterusnya membantu pemahaman murid terhadap apa yang disampaikan oleh guru. Selain itu, kelantangan suara juga menunjukkan ketegasan dalam menyampaikan sesuatu. Hal ini kemudian akan memberi kesan kepada tumpuan dan fokus murid. Murid akan lebih tertumpu kepada penyampaian isi pelajaran tanpa menghiraukan gangguan-gangguan lain. ketegasan dalam menyampaikan pelajaran juga akan membuatkan murid lebih hormat kepada guru.
            Kejelasan memberikan arahan juga merupakan kekuatan yang dikenalpasti dalam penyampaian pelajaran. Kejelasan penyampaian memainkan peranan dalam kefahaman murid. Hal ini sangat berkaitan dengan tindakan susulan murid. Arahan yang diberi jelas, memudahkan murid faham, seterusnya melakukan tugas mengikut arahan dan panduan yang diberikan. Tindakan susulan oleh murid yang tepat menunjukkan kefahaman murid terhadap penyampaian guru berkenaan isi pelajaran.
           

     
    KELEMAHAN

Setiap kekuatan pasti ada kelemahan begitu juga dengan pengajaran mikro saya. Walaupun tayangan power point itu menarik minat murid namun ia tidak sesuai bagi pengajaran yang singkat seperti pengajaran mikro.ia memakan masa untuk penjaran itu dan lari dari masa yang ditetapkan.Ketepatan masa penting bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran (PnP) berjalan dengan baik dan lancar.
            Kelemahan dan kekurangan seterusnya ialah masalah dalam pemantauan kelas. Guru didapati hanya berada di hadapan kelas sahaja tanpa memantau aktiviti murid di setiap penjuru kelas. Guru seharusnya berjalan dan memantau setiap aktiviti murid. Melalui cara itu, guru dapat mengawal keadaan dan suasana kelas dengan lebih baik. Selain itu juga, guru dapat membantu murid dengan lebih dekat.



   LANGKAH MENGATASI

Untuk penjaran yang lebih baik pada masa akan datang setiap kelemahan dan kekurangan haruslah di atasi.Ini bertujuan untuk meningkatkan kualiti pengajaran pada masa akan datang. Berdasarkan kelemahan dan kekurangan dalam tugasan pengajaran mikro ini saya harus lebih peka dengan masa. Masa memainkan peranan yang penting dalam sesuatu pengajaran. Pengajaran yang baik adalah menepati masa seperti yang dirancang di dalam Rancangan Pengajaran Harian yang telah disediakan terlebih awal. Ketepatan masa harus diambil kira dari awal hinggalah tamat sesi pengajaran.
            Selain itu guru perlu sentiasa bergerak dan berjalan ke setiap sudut kelas bagi memantau dan melihat setiap aktiviti yang dilakukan oleh murid ketika PnP berjalan. Kaedah ini sangat membantu guru dalam mengawal murid di dalam kelas, sama ada mengawal tingkah laku murid, atau membantu ketidak fahaman murid terhadap pelajaran secara seta merta. Perkara ini perlu dilakukan oleh setiap guru dalam proses PnP di dalam kelas. Ia menunjukkan interaksi dan komunikasi yang berkesan antara guru dengan murid. Guru seharusnya bijak untuk mengawal kelas dan tidak membiarkan murid hilang tumpuan di dalam kelas.
            Di samping itu juga, kaedah tayangan power point tidak begitu sesuai untuk pengajaran yang singkat. Seharusnya guru menggukan kaedah yang lain selain tayangan power point itu contohnya menunjukkan gambar yang sedia ada atau pun menggunakan bahan maujud. Set induksi seharusnya tidak memakan masa yang panjang kerana ia boleh mengganggu masa guru untuk langkah yang seterusnya.

No comments:

Post a Comment