RPH & REFLEKSI 2

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Mata Pelajaran            :  Pendidikan Muzik
Kelas                           :  Tahun 3
Bilangan Pelajar          :  31 orang
Tarikh                          :  23.08.2011
Hari                             :  Selasa
Masa                            :  1100 – 1130  pagi

Hasil Pembelajaran      :  Pada akhir pembelajaran, murid-murid dapat :
·         Menyanyi sambil menggayakan pergerakan badan mengikut tempo.

      Kemahiran simulasi dan penerangan
  
Nilai                                  :  Bekerjasama, patuh pada arahan, menghormati dan memberi                                                            perhatian.
KBKK                              :  Menjana idea, memahami, membuat kesimpulan dan                                                                         mengkategorikan.
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran      :
1.      Menyalin seni kata lagu yang ingin dinyanyikan.
2.      Guru bersama-sama murid menyanyikan lagu yang dipilih secara beramai-ramai.
3.      Guru bersama-sama murid melakukan pergerakan badan mengikut tempo lagu.
4.      Murid-murid menggayakan pergerakan badan mengikut tempo sehingga berja
5.       Nyanyian sambil menjayakan pergerakan badan mengikut tempo lagu yang diberikan.
6.      Murid menyanyi secara beramai-ramai dan guru merumuskan isi pelajaran.



REFLEKSI  PENGAJARAN

KEKUATAN :
Murid-murid berasa seronok kerana dapat menyanyikan lagu yang diberikan mengikut tempo. Murid-murid juga berjaya mengolah pergerakan badan yang bersesuaian dengan lirik lagu serta tempo. Objektif secara keseluruhannya tercapai dan  corak pergerakan yang diolah juga mampu membangkitkan semangat untuk meneruskan pembelajaran.

KELEMAHAN :
Masa yang di peruntukkan tidak mencukupi. Ini kerana murid-murid juga terpaksa menyalin lagu yang akan dinyanyikan dan ia memakan masa. Murid terpaksa melakukan aktiviti dengan masa yang tidak mencukupi dan segelintir daripada murid-murid merungut kerana tidak berasa puas melakukan aktiviti yang dirancang.
TINDAKAN/PENAMBAHBAIKAN
Masa yang diperuntukkan untuk Pendidian Muzik hanya 30 minit. Oleh itu saya haruslah memastikan aktiviti yang dijalankan menepati masa yang amat singkat tersebut. Langkah yang harus saya ambil mengatasi masalah ini ialah mengedarkan lirik lagu kepada murid. Justeru itu, murid tidak perlu menyalin lagu tersebut dan ini tidak memakan masa dan murid boleh melakukan aktiviti tanpa sekatan.

No comments:

Post a Comment