RPH MAKRO & REFLEKSI


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN MAKRO




Tarikh                         : 03 Jun 2011

Hari                             : Isnin

Kelas                          : Tahun Lima

Jumlah Murid           : 25 orang

Masa                          : 10.30 – 11.00 [30 minit]

Mata Pelajaran         : Bahasa Melayu

Tajuk                          : Rumah ku Syurga ku [Kasih Ibu]

Objektif                       : 1. Membaca perkataan, frasa dan ayat yang mengandungi
      ayat tunggal dan ayat majmuk dengan sebutan dan intonasi
      yang betul
                                      2. Menulis perkataan dengan pelbagai jenis ayat
                                      3. Menerangkan makna perkataan dan maksud frasa
                                          berdasarkan teks
4. Membina ayat tunggal dan ayat majmuk dengan peluasan
                                          subjek dan predikat


Hasil Pembelajaran            :

  • Fokus Utama :

1.0         Berbual dengan keluarga, rakan sebaya, dan pihak lain dalam situasi formal dan tidak formal

1.1     Aras 1 ( i ) Berbual tentang sesuatu perkara berkaitan kehidupan seharian dengan
                  menggunakan kata, ungkapan, ayat, sebutan, intonasi, dan nada yang
                  sesuai
5.0       Membaca kuat  dengan kelancaran sebutan, intonasi dan gaya pembacaan
yang sesuai

5.1       Aras 1 ( i )  Membaca perkataan, frasa dan  ayat yang mengandung ayat
                                tunggal dan ayat majmuk dengan sebutan dan intonasi yang
                                betul.



  • Fokus Sampingan:

1.1         Berbual tentang sesuatu perkara berkaitan kehidupan seharian dengan menggunakan kata, ungkapan, ayat, sebutan, intonasi, dan nada yang sesuai.

5.1       Membaca kuat perkataan  dan ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul
            dan memahami perkara yang dibaca


Sistem Bahasa

  • Tatabahasa   : Kata adjektif, Kata kerja, Kata Nama, Ayat Majmuk dan Ayat
                          Tunggal

  • Kosa kata      : makam, bonda, bakti, melahirkan, doa, melahirkan dan
  sempadan


Pengisian Kurikulum
  • Ilmu                            :           Pendidikan Moral, Sivik dan Kewarganegaraan
  • Nilai murni                :           Bekerjasama, Keberanian, disiplin dan hemah
 tinggi
  • Kemahiran bernilai tambah           :          
    • Kemahiran berfikir – menjana idea, merumuskan dan menjana Idea
    • Pembelajaran kontekstual
    • Kecerdasan pelbagai – Pendidikan Muzik, Pendidikan Moral

Bahan Bantu Mengajar
  • Paparan video Lagu “Oh Ibu”
  • Lirik lagu “Oh Ibu”
  • Petikan puisi “ di makam bonda”
  • Buku latihan
  • Kamus Dewan


Pengetahuan Sedia
Murid pernah:
(i)         mendengar lagu ‘Oh Ibu’
(ii)        mencari makna perkataan dalam Kamus Dewan



Langkah


Isi Pengajaran

Aktiviti

Catatan


Set induksi

[5 minit]


Rakaman Lagu yang bertajuk
                “Oh Ibu”

Paparan dalam slaid
Nyanyian Mamat Exist

1.   Guru memainkan lagu “Oh Ibu” dan meminta murid menyanyi lagu tersebut mengikut senikata yang tertera pada paparan slaid melalui computer

2.   Murid menyanyi lagu tersebut bersama-sama dengan dibimbing oleh guru

3.   Guru bertanyakan kepada murid siapa yang dimaksudkan dalam lagu tersebut

4.   Guru mengaitkan lagu tersebut dengan tajuk yang akan dipelajari pada hari tersebut.



ABM
  • Komputer riba
[paparan slaid]

BBM
  • Rakaman lagu yang bertajuk
“Oh Ibu”
  • Senikata lagu
“Oh Ibu”

Langkah 1

[10minit]


Paparan slaid petikan puisi
Sajak “Di Makam Bonda”

1.    Guru memaparkan petikan sajak “ Di Makam Bonda” dan memberikan lembaran kertas sajak tersebut kepada murid

2.    Guru membaca sajak tersebut dan memilih secara rawak seorang murid untuk membaca sajak tersebut mengikut intonasi membaca sajak seperti yang dibacakan oleh guru


3.    Murid membaca sajak mengikut intonasi
yang dibacakan oleh guru

4.    Guru meminta murid menggariskan perkataan yang disebut oleh guru melalui petikan sajak tersebut

5.    Murid menggariskan perkataan yang disebut oleh guru


ABM
  • Komputer riba
[paparan slaid

BBM
  • Lembaran kerja petikan sajak





NILAI MURNI
  • Hormat-menghormati
  • Kerjasama

KBT
  • Menaakul
  • Mendengar



Langkah 2

[ 10 minit]


Mencari makna perkataan yang telah digariskan dalam petikan sajak “Di Makam Bonda”dengan membuat rujukan daripada Kamus Dewan


1.   Mengunjungi
2.   Menyambut
3.   Kenangan
4.   Bonda
5.   Doa
6.   Makam
7.   Melahirkan
8.   Sempadan
9.   Kemuliaan
10. Bakti




1.   Guru membahagikan murid kepada 5 kumpulan dengan terdapat 5 orang murid setiap kumpulan

2.   Guru memberikan sehelai kertas untuk setiap kumpulan bagi menulis perkataan yang telah digariskan dalam petikan sajak tersebut.

3.   Guru memaparkan slaid perkataan-perkataan yang telah digariskan oleh murid sebentar tadi

4.   Murid menyalin perkataan tersebut dalam kertas yang telah diberikan

5.   Guru memberikan Kamus Dewan kepada setiap kumpulan dan meminta mereka mencari makna perkataan yang telah disalin tersebut.

6.   Murid bekerjasama dengan setiap ahli dalam kumpulan mencari makna perkataan yang ditulis tadi dengan dibimbing oleh guru cara mencari makna perkataan menggunakan Kamus Dewan tersebut.

7.   Guru meminta wakil bagi setiap kumpulan menulis perkataan yang digariskan tadi beserta makna yang telah dicari dipapan tulis.

8.   Guru meminta murid membaca setiap perkataan tersebut beserta maksud seperti yang telah ditulis di papan tulis dan menyalin didalam buku latihan masing-masing.


ABM
  • Komputer riba
[paparan slaid]

BBM
  • Kamus Dewan
  • Lembaran kertas kerja
  • Kapur

NILAI MURNI
  • Kerjasama
  • Kerajinan
  • Keberanian

KBT
  • Mencari maklumat
  • Merumus


KOSA KATA
  • Makam
  • Insan
  • Bakti
  • kemuliaan

Strategi pengajaran
  • Kolaboratif











Penutup

[ 5 minit]



Penutup Kognitif:
Rumusan pembelajaran oleh murid


Penutup Sosial:
Ucapan terima kasih, pujian dan nasihat kepada murid




1.   Guru meminta murid membina contoh ayat berdasarkan perkataan yang bergaris.
2.   Guru memberi pujian kepada murid yang dapat membina ayat dengan betul.

3.   Guru bertanya kepada murid perkataan yang mereka kurang faham maksudnya dan murid sukar mengembangkan idea untuk membina ayat

4.   Murid diminta membuat latihan binaan yat yang belum siap sebagai kerja rumah





BBM
  • Buku latihan murid


NILAI MURNI
  • Kerajinan
  • Kerjasama
  • Disiplin

KBT
  • Menjana idea
  • Menginterpretasi


Strategi pengajaran
  • Pembelajaran kontekstual



REFLEKSI PEMBELAJARAN MAKROPENGAJARAN


 KEKUATAN
            Pengajaran makro pula berbeza daripada pengajaran mikro. Jika pengajaran mirkro memakan masa 5-10 minit tetapi pengajaran makro memerlukan masa yang lebih panjang iaitu 30 minit. Dan pengajaran makro memerlukan guru untuk menjalankan setiap langkah iaitu dari langkah set induksi sehinggalah langkah penutup.
            Kekuatan yang dapat dikenal pasti selepas sesi pengajaran makro ialah pencapaian objektif. Secara keseluruhannya, objektif pengajaran  yang dirancang semasa menyediakan rancangan makro dapat dicapai secara keseluruhannya di mana murid dapat memahami dan seterusnya menguasai topik yang diberikan. Di sinilah kekuatan yang diperolehi iaitu sasaran objektif tercapai.
            Selain daripada itu, kekuatan dalam pengajaran makro kali ini ialah dari segi penglibatan murid semasa proses pembelajaran dan pengajaran  dijalankan. Murid terlibat secara aktif dalam setiap aktiviti yang dijalankan. Murid juga dapat memberikan perhatian terhadap pengajaran dan menjawab soalan – soalan yang dikemukakan semasa sesi soal jawab dijalankan. Penglibatan murid penting untuk memastikan kelancaran proses pengajaran yang dijalankan.
            Di samping objektif yang tercapai dan penglibatan murid, kekuatan lain yang dapat dikesan hasil daripada proses makro ini ialah dari segi komunikasi. Komunikasi yang baik adalah di mana guru dapat memberikan arahan dan penerangan dengan jelas dan mudah untuk difahami oleh murid. Guru dapat memberikan arahan tanpa perlu melakukan pengulangan untuk setiap arahan yang diberikan. Intonasi dan kelantangan suara juga turut mempengaruhi kepada kekuatan ini. Murid mudah mendengar dan lebih memberi tumpuan terhadap arahan yang diberikan.
            Antara kekuatan lain yang dapat dikesan juga ialah dari segi kawalan kelas. Guru secara keseluruhannya dapat mengawal kelas dengan baik dimana guru dapat mengaplikasikan aspek pedagogi dalam pengajaran. Guru dapat menyediakan persekitran kelas yang harmoni dan tersusun untuk sesi pengajaran dan menyumbang kepada berhasilnya kekuatan dan kejayaan makropengajaran yang dijalankan. Murid juga tidak menimbulkan banyak masalah semasa sesi pengajaran makro dijalankan.


 KELEMAHAN
            Setiap kekuatan pasti ada kekurangan yang dan tidak dapat dinafikan bahawa pengajaran makro ini mempunyai kelemahan yang tersendiri. Setelah habis sesi penajaran say dapat mengenalpasti beberapa kelemahan murid. Kelemahan ini memberi sedikit cacat celanya kepada kekuatan pengajaran makro ini.
            Antara kelemahan yang dapat dikesan selepas sesi pengajaran ialah dari aspek pengurusan masa. Diakui sememangnya amat sukar untuk menjalankan makro dalam durasi 30 minit yang ditetapkan. Dalam persediaan rancangan mengajar yang dibuat semuanya Nampak lancar dan tersusun namun hakikatnya berbeza setelah kita melaksanakan pengajaran tersebut. Banyak perkara yang menyumbang kea rah wujudnya kelemahan ini. Ini kerana jika dilihat subjek yang di ajar pada kali ini biasanya memakan masa 60 minit tetapi ia di ubah dan di jalankan selama 30 minit.
            Selain daripada kelemahan dari aspek pengurusan masa, kelemahan lain yang wujud ketika sesi pengajaran makro dijalankan ialah kurangnya interaksi dua hala guru dengan murid sebagai klien dalam makro tersebut. Maksudnya di sini, pedagogi kelas tidak terurus sepenuhnya. Guru hanya member tumpuan di hadapan kelas semata – mata dan tidak mengajalankan kaedah kawalan kelas secara menyeluruh yakni tidak menggunakan keseluruhan kawalan kelas. Guru hanya tertumpu kepada penerangan dan pengajaran di hadapan kelas sahaja dan mengandaikan bahawa murid – murid yang duduk di belakang kelas dapat mengikuti pengajarannya.
            Guru juga mengalami masalah untuk membantu murid secara keseluruhannya. Maksudnya, guru tidak dapat member bimbingan sepenuhnya kepada semua murid ketika menjalankan sesi aktiviti pengajaran. Ini disebabkan oleh beberapa halangan yang tidak terduga dan juga disebabkan oleh kekangan masa yang tidak begitu mengizinkan untuk menjalankan aktiviti kumpulan dalam temph yang panjang. Namun demikian, guru mengambil tindakan lain dengan menggunakan kaedah bimbingan rakan sebaya untuk membantu melancarkan lagi aktiviti yang dilaksanakan.
            Penggunaan kamus juga memberi kesan untuk pengajaran makro kali ini. Tidak semua murid di dalam kelas tersebut dapat menggunakan kamus dengan betul. Ada segelintir daripada mereka masih belum dapat mencari perkataan yang diberi dengan betul. Segelintir daripada mereka masih lagi samar-samar untuk mencari perkataan terumatanya perkataan yang melibatkan imbuhan. Selain itu ada diantara mereka tidak memberi kerjasama kepada rakan-rakan mereka dan membuat kerja yang lain. Ada pula kumpulan yang hanya mengharapkan seorang saja daripada rakan mereka untuk mencari makna yang diberi oleh guru. Mereka lebih senang menggunakan masa yang diberikan untuk membuat kerja lain dan tidak berbuat apa-apa.



LANGKAH MENGATASI
           
            Setiap kelemahan dan kekuatan perlu diatasi dan mesti ada penambahbaikan yang dilakukan bagi meningkatkan lagi kualiti pengajran di masa akan datang. Guru perlu mengambil iktibar dan memikirkan tindakan yang sewajarnya supaya kelemahan tersebut tidak lagi berulang dan tidak mengganggu pengajaran pada masa akan dating.
Guru perlu sentiasa bergerak dan berjalan ke setiap sudut kelas bagi memantau dan melihat setiap aktiviti yang dilakukan oleh murid ketika PnP berjalan. Kaedah ini sangat membantu guru dalam mengawal murid di dalam kelas, sama ada mengawal tingkah laku murid, atau membantu ketidak fahaman murid terhadap pelajaran secara seta merta. Perkara ini perlu dilakukan oleh setiap guru dalam proses PnP di dalam kelas. Ia menunjukkan interaksi dan komunikasi yang berkesan antara guru dengan murid.
            Selain  itu, penambah baikan yang perlu dilakukan ialah ketepatan penggunaan masa menyampaikan pelajaran serta pemantauan murid di dalam kelas. Guru perlu menepati ketetapan masa seperti yang ditentukan dalam RPH. Ketetapan masa perlu diikut bagi melancarkan proses PnP. Hal ini juga akan memudahkan guru menyelesaikan setiap bahagian penyampaian pengajaran dari permulaan sesi pengajaran hingga tamat.
            Di samping itu juga guru haruslah sentiasa melatih murid supaya sentiasa menggunakan kamus untuk mencari perkataan yang mereka tidak faham. Guru juga harus menerangkan cara mencari perkataan kepada murid terutamanya perkataan yang mempunyai perkataan berimbuhan. Guru harus peka akan masalah tersebut supaya murid dapat mencari perkataan yang dikehendaki dengan cepat dan pantas. Guru juga harus menegur murid yang tidak memberi kerjasama kepada rakan mereka dan memastikan tidak ada daripada mereka melakukan kerja yang lain.

No comments:

Post a Comment